Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) : Satu lagi “hadiah” bagi kakitangan awam diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa iaitu…
Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M)
Kerajaan bakal melancarkan Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M)
yang menyediakan rumah mampu milik berharga RM 150,000 hingga RM
300,000 untuk kakitangan perkhidmatan awam.Rumah tersebut berkeluasan di
antara 1,000-1,500 kaki persegi dilengkapi kemudahan asas akan dibina
di atas tanah kerajaan dan ditawarkan pada harga 20 % hingga 30% lebih
rendah dari harga pasaran.
Info Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M)
- Harga : RM 150,000 – RM 300,000
- Luas : 1,000 – 1,500 kaki persegi
- Unit : Sebanyak 10,000 unit akan dibina di Putrajaya sebagai Projek Perintis
Sebagai projek perintis, 10,000 unit
tumah mampu milik kakitangan awam ini nanti akan dibina di Putrajaya dan
akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Pada
pendapat kami, PPA1M ini memang satu langkah yang baik buat kakitangan
awam untuk memiliki rumah sendiri yang pertama.Mungkin bagi kakitangan
awam yang ditempatkan di bandar-bandar besar, projek PPA1M ini merupakan
yang terbaik buat mereka.
Kita semua sedia maklum bahawa harga
rumah di bandar-bandar besar sudah melonjak naik hingga 300% sejak
kebalakangan ini.Peluang untuk memiliki rumah di bandar-bandar besar
memang terhad, dan kadang-kalanya kakitangan awam yang bergaji RM 3,000
ke bawah, tidak mampu untuk membeli rumah.Jadi, langkah kerajaan untuk
melancarkan Projek PPA1M ini memang langkah yang baik.
Apa pandangan kakitangan awam di sini dengan Projek Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M)?
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.