Wednesday 3 April 2013

AMPUN TUANKU!!! KHAS BUAT RAKYAT JOHOR!!!


Rakyat-rakyat Johor sekalian, bacalah dengan teliti. Sejak daripada merdeka lagi, Johor telah menjadi kubu kuat Parti Perikatan, kemudiannya Barisan Nasional, nasihat saya kepada anda semua, KEKALKANLAH momentum ini. Tolong KONGSIKAN post ini kepada rakyat Johor terutamanya, demi ekonomi dan rakyat Malaysia dan negeri Johor.

Saya ingin memberitahu anda semua supaya berjaga-jaga dengan keputusan anda jika anda bertekad untuk mengundi Pakatan Rakyat. Kini, usaha Pakatan Rakyat untuk menumbangkan Barisan Nasional semakin keruh kerana Parti Tindakan Rakyat (DAP) sendiri yang sedang memonopolikan kerusi parlimen dan DUN.

Kita sudah tahu DAP sentiasa bersifat tamak, dan baru-baru ini, kita sedar bahawa Lim Kit Siang akan bertanding di Gelang Patah, yang telah ditandingi PKR sejak 1999 lagi. Malah, Anwar Ibrahim turut kecewa dengan Chua Jui Meng kerana tidak menghadiri pengisytiharaan calon Gelang Patah semasa Lim Kit Siang diumumkan sebagai calon, pada Mac 18 lepas.

Cuba anda lihat. Belum menang lagi pun, sudah bermula monopoli. Apakah masa depan Projek Iskandar Johor yang akan memandu ekonomi Johor ke tahap yang tidak pernah dikecapi sepanjang hayat Johor dalam era globalisasi ini? Tidakkah anda lupa, dengan kebangkitan Harimau Selatan yang gagah ini akan menjejaskan perniagaan dan perkhidmatan di Singapura? Tidakkah anda tahu yang parti pemerintah republik unitari tersebut merupakan ayah kepada DAP?

Jadi, anda perlu tahu kenapa DAP ingin sangat memenangi Johor? Seperti yang saya jangka, selama ini bukannya Khalid Ibrahim yang Menteri Besar Selangor yang sebenar, kerana kalau kita rujuk kepada akar umbi PR, selau kita nampak DAP menunjukkan kegagahan mereka dan PAS PKR akan bertunduk kepada mereka. Jadi, keputusan PRU12 Selangor tidak bermakna, kalau di bahagian kepalanya sudahpun dikuasai oleh rejim kafir ini.

Pendapat saya, Projek Iskandar mampu menghasilkan 100,000 peluang pekerjaan pun, kerana kebanyakan yang saya tengok semuanya bersistemkan perkhidmatan. Jadi, rakyat-rakyat Johor semua, jangan sia-siakan projek ini. Kerana saya yakin kalau Pakatan Rakyat menang, maka peluang pekerjaan semua itu akan dimonopolikan.

Tidakkah kita lupa tentang kebiadapan Nizar Jamaluddin yang telah menghina DYMM Sultan Ibrahim, Sultan Johor? Di sini, tiada alasan untuk sesiapa sekalipun memberi undi kepada Pakatan Rakyat. Fikirlah masa depan negeri anda. Mahukah anda dimonopolikan? -- AFDS

Anak Johor : @anak watan Johor



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...