Friday 12 April 2013

PAS KEDAH BERGEGAR LAGI!!! MAHFUZ PENING KEPALA DAH!!!


Pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa bendera PAS ini berwarna hitam putih khususnya rakyat negeri kedah. Brader ingin mengupas tanda tanya yang bermain di fikiran kalian semua terutama rakyat negeri Kedah.

Bendera PAS berwarna hitam putih ini telah dipasang di sekitar negeri KEDAH terutamanya di Parlimen bekas ahli parlimen Mahfuz iaitu sekitar Langgar hitam ke Sekolah Sains Pokok Sena, Kebun 500 dan sekitarnya. Bendera ini dipasang bukan oleh orang UMNO tetapi oleh ahli PAS sendiri. 


Lihatlah sendiri bendera-bendera ini. Sebenarnya bendera ini dipasang oleh pejuang-pejuang PAS yang sebenar yang mana mereka benar-benar inginkan kerajaan ISLAM sejati. Bendera ini sebagai tanda bahawa mereka akan mengadakan undi protes terhadap PAS pada PRU-13 nanti. Tetapi harus difahami bahawa undi protes ini bukannya mengundi Barisan Nasional, undi yang dimaksudkan adalah undi rosak.

Dakwaan menyatakan hampir 20 000 ahli PAS tegar yang mengangkat bai'ah akan mengadakan undi protes ini. Jika dikira pengaruh mereka ini, sangat kuat untuk mempengaruhi pengundi di seluruh negeri KEDAH. Bagaimanapun Brader ingatkan pada sahabat-sahabat Barisan Nasional, kita jangan mudah leka. Bersatulah kita demi agama, bangsa dan tanahair ini.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...