Brader mendapat maklumat dari seorang sahabat karib bahawa Anwar telah mengarahkan jentera bawahannya untuk memainkan semula isu-isu lama berkaitan Rosmah kerana isu-isu ini telah sebati di dalam diri masyarakat bertujuan supaya rakyat membenci Dato Sri Mohd Najib Tun Razak.
Ini antara isu yang Anwar arahkan dibangkitkan semula:
1. Rosmah membuang
keluarganya setelah berkahwin dengan Najib
2. Rosmah terlibat dengan
puaka dan bomoh untuk menghapuskan musuh politik suaminya dan dia sendiri.
3. Rosmah menggunakan
wang kerajaan untuk membeli belah secara mewah di luar negara (terutama London)
4. Rosmah membeli cincin
bernilai RM 24 juta – walaupun ada penafian dari syarikat pemilik cincin tersebut, tapi itu
boleh diketepikan.
5. Rosmah menggunakan
wang kerajaan untuk majlis pertunanagan anaknya di Putrajaya tahun lepas.
6. Rosmah menjadi
perancang kepada perjalanan karier politik Najib termasuk masuk campur dalam
keputusan penting kerajaan
7. Rosmah menggunakan
PERMATA untuk mempopularkan dirinya dan pentadbiran suaminya yang semakin
ditolak rakyat.
8. Gunakan fakta dari
peniaga karpet, Deepak Jaikirshan mengenai Rosmah Mansor (data pembelian barang
kemas, karpet dan sebagainya).
9. Rosmah malu untuk
bersalam dan berjumpa dengan rakyat di tempat-tempat yang tidak eksklusif dan
lebih gemar duduk di hotel kalau Najib masuk kampung
10. Penglibatan Rosmah
dalam pembunuhan Altantunya.
Isu-isu ini telah di jawab dan ampa semua boleh tengok dalam blog ini atau tanya pada pakcik google ja. Dapatkan kebenaran dan jangan muda percaya dengan apa yang Anwar cakap.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.