Ramai yang
terkejut apabila calon pilihan Anwar untuk kerusi Parlimen Indera Mahkota telah
diboo oleh penyokong PKR sendiri. Calon tersebut
ialah Dato’ Fauzi Abd. Rahman yang juga Pengerusi PKR Pahang. Penyandang kerusi tersebut ialah Azan Ismail
tetapi telah ditukarkan ke Terengganu, iaitu keputusan yang jelas tidak
dipersetujui oleh akar umbi PKR.
Akar umbi tidak
bersetuju dengan calon pilihan pemimpin tertinggi sebenarnya bukanlah pelik,
malah ia hampir tidak boleh dielakkan dari berlaku di sesetengah kawasan bagi
semua parti setiap kali pilihanraya.
Namun, yang
menjadikannya satu isu besar ialah tindakan penyokong PKR yang langsung tidak
menghormati ‘pemimpin Anugerah Tuhan’ iaitu, Anwar Ibrahim.
Penyokong PKR
telah bertindak mengejek Dato’ Fauzi sehingga memaksa pengumuman diulang tiga
kali oleh Anwar. Khabarnya, ada juga
yang bertindak meninggalkan majlis.
Kita masih boleh
memahami jika mereka mengambil sikap memusuhi Dato’ Fauzi, tetapi kita hairan
ke manakah hilangnya rasa hormat penyokong PKR terhadap bakal Perdana Menteri
mereka ini? Kita juga difahamkan bahawa
akar umbi kawasan tersebut lebih menyukai penyandang, iaitu Azan Ismail tetapi
takkan ‘menyayangi Azan sehingga sanggup memalukan Anwar’?
Hilangnya
perasaan hormat terhadap Anwar kemungkinan besar berpunca dari sikap kukubesi
beliau yang ditunjukkan setiap kali pemilihan parti iaitu, enggan mendengar suara
akar umbi dan membuat keputusan mengikut ‘nafsu’ sendiri.
Jika Anwar tidak
menghormati akar umbi, bagaimana akar umbi boleh menghormati Anwar?
Dari satu sudut
pula, kita tidak hairan jika Anwar tidak menghormati akar umbi kerana akar umbi
PKR telah terbukti sebagai mempunyai sikap buta tuli iaitu, menyokong Anwar
tanpa mengira apa pun salahlakunya yang telah terdedah dan terbukti. Bagi Anwar, suara orang yang akan
menyokongnya walau apapun yang berlaku atau dilakukannya, tidak perlu diberi
perhatian.
Malah, Anwar
bukan sahaja tidak menghormati mereka, tetapi langsung tidak prihatin pun
mengenai nasib mereka. Anwar tidak kisah
memperjudikan masa depan, malah nyawa penyokong-penyokongnya dengan sering
menyeru mereka agar melakukan rusuhan.
Sejak 1998 lagi,
Anwar tidak kisah membahayakan penyokong-penyokongnya. Malah, Anwar secara terang-terangan
mengimpikan ‘Arab Spring’ yang mana menyaksikan pertumpahan darah apabila
penentang kerajaan memberontak dan menggulingkan kerajaan sedia ada.
Apapun, kejadian
di Kuantan ini memperlihatkan bagaimana Anwar sudah hilang ‘auranya’. Anwar kini sudah menjadi ‘manusia biasa’ dan
bukan lagi ‘pemimpin hebat’ di mata penyokong-penyokongnya. Tidak mustahil, kebanyakan penyokongnya
hanya menyokong PKR kerana telah jauh terhasut agar membenci Barisan Nasional
dan bukan lagi kerana menyanjungi atau mempercayai Anwar Ibrahim.
Sekiranya
ketandusan isu, Anwar mungkin boleh mencipta isu. Tetapi jika kehilangan ‘aura’, di manakah
Anwar boleh mencarinya?
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.