Wahai mahasiswa dan rakyat yang lain. Ini barulah kumpulan mahasiswa yang betul yang harus dijadikan contoh. Sopan Santun dan mesra serta tak ganas-ganas macam GM13.
Semangat Juang Kumpulan mahasiswa ini harus di puji. Walaupun kepenatan memberi penerangan, mereka tetap ceria dan tersenyum cantik.
Gerakan kumpulan mahasiswa ini harus di puji kerana mereka bukan sahaja mengedarkan risalah penerangan akujanji Barisan Nasional dan isu setempat, Tetapi mereka menerangkan satu persatu segala yang terkandung di dalam risalah tersebut.
Gerakan kumpulan Mahasiswa ini bersedia menjawab 1001 persoalan dan pertanyaan yang diajukan oleh masyarakat setempat. Malah beberapa orang kampung Brader menceritakan bahawa sebelum ini mereka tidak sedar PTPTN itu tak payah bayaq kalau dapat pointer 4.0. Depa cakap pada Brader,kalau takdak kumpulan anak muda yang bagi penerangan ini, depa pasti diperbodoh dan di tipu sampai bila-bila. Itu ulasan orang-orang kampung di sekitar kedah.
Tahniah Brader ucapkan kepada ampa semua. Teruskan berjuang dalam tempoh masa yang terhad ini.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.