Hari ini Pakatan Pembangkang meneruskan kekecohan di ibunegara dengan mengadakan demotrasi. Kali ini mereka telah menghasut pekerja-pekerja Bank untuk turun kejalanan. Rakyat harus sedar hari ini agenda di sebalik gerakan ini. Setiap kali ceramah Anwar, Anwar akan mengatakan negara hampir bankrap. Pelabur tidak mahu melabur di negara Malaysia di sebabkan Dato Seri Najib menjadi Perdana Menteri.
Sedarkah kamu bahawa tindakan Anwar menghasut rakyat mengadakan demotrasi ini adalah bertujuan melumpuhkan ekonomi negara? Anologi mudah Brader nak kamu fikirkan. Adakah kamu akan membuka perniagaan di kawasan rusuhan dan demotrasi? Jawapannya pasti TIDAK bukan. Ini tujuan sebenar yang rakyat harus tahu dan sebarkan.
Lihatlah bagaimana mereka menyusahkan masyarakat untuk menjalankan aktiviti harian? Jika ini berterusan dan dibiarkan, rakyat sangat takut untuk keluar ke bandaraya. Malah peniaga tidak dapat menjalankan perniagaan mereka.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.