Friday 12 April 2013

HARUN DIN PULA KELUAR PAS!!! BENARKAH??? BONGKAR!!!!


Siang tadi negara sekali lagi digemparkan dengan satu kenyataan yang menyatakan Dato Dr Harun Din telah keluar dari PAS. Brader berani mengatakan bahawa hampir 50% penyokong PAS menantikan keputusan tersebut dan bersetuju sekiranya Dato Dr Harun Din keluar daripada PAS. Namun Brader masih mencari kenyataan rasmi dari diri Dato Dr Harun.


Petang tadi Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengeluarkan kenyataan di Malaysiakini menafikan kenyataan tersebut dan menyatakan Dato Dr Harun Din masih anggota PAS. Pengumuman daripada Presiden PAS itu rata-rata telah mengecewakan rakyat Malaysia khususnya penyokong PAS.

Walaubagaimanapun Brader masih menanti kenyataan rasmi samada Dato Dr Harun Din masih bersama PAS atau tidak kerana segala kenyataan yang dikeluarkan tidak ada daripada tuan punya diri.

Brader sangat berharap dan percaya harapan brader ini juga merupakan harapan daripada rakyat Malaysia supaya Dato Dr Harun Din keluar daripada PAS dan menjadi seorang yang dapat menyatukan kembali rakyat Malaysia ini.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...