Friday 12 April 2013

KEADILAN VS NIK AZIZ? SIAPA MENANG???


Brader melihat dan mendengar pandangan serta pendapat masyarakat akar umbi tentang fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Nik Aziz. Ramai yang mengesa Majlis Fatwa Kebangsaan mengambil tindakan segera dan memantau setiap kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh PAS khususnya yang dilihat seperti arif dalam ISLAM tetapi mengeluarkan kenyataan tanpa memikir panjang kesannya kepada umat ISLAM di Malaysia amnya.


Kenyataan Nik Aziz berkenaan solat orang UMNO ini telah mencetuskan pelbagai prepsepsi kepada masyarakat. Namun bolehkah tindakan di ambil terhadap semua kenyataan ini jika ia tidak selari dengan ISLAM yang sebenarnya? Brader nyatakan disini SANGAT BOLEH PIHAK BERKUASA MENGAMBIL TINDAKAN. Tetapi.....


Setiap kali Pihak Berkuasa menjalankan tugas dan mengambil tindakan sesuatu yang salah dilakukan oleh Puak Pembangkang ini, mereka akan mendesak Pihak Berkuasa mengugurkannya dengan mengadakan DEMOTRASI BESARAN. Setuju?

Ini adalah tindakan terancang Anwar sejak daripada dulu lagi. Anwar telah menyemai sikap ini bagi membela dirinya daripada dikenakan tindakan. Jesteru rakyat takut untuk bersuara keras supaya mengambil tindakan kepada Puak Pembangkang walaupun bukti-bukti jelas mereka bersalah KERANA TAKUT DENGAN KEKECOHAN DAN KEMUSNAHAN YANG BAKAL MEREKA CETUSKAN.

Masih tidak sedarkah rakyat sekalian? 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...