Kehadiran Tun
Mahathir ke Johor baru-baru ini dilihat berjaya menyuntik semangat baru
khususnya kepada jentera Barisan Nasional dan Umno bagi memastikan kubu kuat
Umno itu terus kekal untuk dipertahankan dalam pilihanraya umum yang akan
datang. Dengan kehadiran yang mencecah 20,000 ribu orang, pakatan pembangkang
dilihat akan berdepan dengan laluan yang sengit dan sukar.
Malah di dalam
ceramahnya di Pulai Johor itu, Tun Mahathir telah menggesa agar rakyat Johor
menolak pakatan pembangkang sekaligus menamatkan kerjaya politik Lim Kit Siang
yang telah mengambil keputusan untuk bertanding di kerusi Gelang Patah.
“Kit Siang mahu
datang (bertanding) di sini. Saya minta rakyat negeri Johor, semua kaum
bergabung tenaga untuk pastikan negeri Johor menjadi ‘kubur’ kepadanya. Kita
perlu memastikan dia (Lim) kalah di Johor. Johor akan terus menjadi simpanan
tetap BN,” katanya pada majlis Bicara Minda baru-baru ini.
Menurut Tun
Mahathir lagi, Kit Siang telah berada terlalu lama berada dalam politik bermula
dari 1964 ketika menjadi setiausaha politik kepada pengasas DAP, Devan Nair
yang juga bekas presiden Singapura.
“Kita telah
bertukar enam perdana menteri sejak kemerdekaan 1957, tetapi dia tidak
berubah-ubah. Bagilah peluang pada anak dia atau cucu dia,” katanya.
Kenyataan Tun
Mahathir itu telah menyebabkan Kit Siang tidak senang duduk dan panas punggung
sehingga menyebabkan dia terpaksa mengeluarkan kenyataan mencabar Tun bertanding
semula sebagai reaksi terhadap ucapan tersebut.
“Saya menjemput
Dr Mahathir untuk bertanding di Gelang Patah dan biarkan pengundi menentukan
hayat politik siapa akan berakhir, sama ada kuburkan saya atau beliau. Saya
bersedia menyerahkan nasib kepada penduduk Gelang Patah yang memiliki 53
peratus pengundi Cina, 33 peratus Melayu, dan 12 peratus pengundi India,”
katanya.
Menurut sumber,
keputusan Kit Siang untuk berpindah ke kerusi Parlimen Gelang Patah telah
menimbulkan lagi beberapa perpecahan di kalangan pimpinan pakatan di Johor. Ini
kerana umum mengetahui kerusi tersebut menjadi rebutan di antara DAP dan PKR.
Malah Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng sebelum ini dilihat berkeras mahu agar
kerusi itu diberikan kepadanya dalam PRU13 kelak.
Malah kegagalan
PKR yang diketuai oleh Anwar Ibrahim selaku pimpinan ‘Anugerah Tuhan’ menyokong permintaannya Jui
Meng itu, telah menyebabkan bekas naib presiden MCA itu merajuk dan menghilang
diri sebagai tanda protes.
Selain Jui Meng,
Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau turut dikatakan tidak senang dengan
keputusan Kit Siang untuk bertanding di Johor. Ini kerana selain Kit Siang,
Penasihat DAP itu turut membawa masuk beberapa pimpinan lain untuk turut sama
bertanding di Johor.
Ia sekaligus
menyebabkan beberapa pimpinan DAP negeri yang selama ini berhempas pulas
terpaksa diketepikan bagi memberi laluan kepada ‘pakej’ Kit Siang dalam misinya
untuk menawan Johor. Walaupun dari satu segi mereka melihat kehadiran Kit Siang
ke Johor mampu memberi momentum baru terhadap gerakan pembangkang, namun dari
satu segi lain telah menyebabkan pimpinan Dr Boo diketepikan.
Sekiranya sebelum
ini, perpecahan hanya berlaku antara Cheng Hau dan Jui Meng, namun kehadiran
Kit Siang yang pada mulanya untuk menjadi orang tengah, semakin memburukkan
keadaan. Kini telah wujud satu lagi kumpulan yang hanya menyokong Kit Siang dan
menolak peranan yang dimainkan oleh Cheng Hau dan Jui Meng.
Dan seperti
biasa, kelompok Pas hanya mampu berperanan sebagai pemerhati dari jauh tanpa
menyatakan pendirian memihak kepada mana-mana kumpulan. Ini kerana sebagai
parti pembangkang yang mempunyai jentera paling kuat, sokongan Pas secara
dilihat akan memberi kelebihan kepada kumpulan ‘ultra kiasu’ tersebut.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.