Pemimpin DAP
diarah tutup mulut wujud pertembungan DAP
Lim Kit Siang
telah mengarahkan pemimpin DAP menutup mulut ekoran terdapatnya perbalahan
dalaman antara parti cauvinis Cina itu. Usaha itu dibuat ekoran usaha DAP yang
cuba "dilihat" menjadi parti pelbagai kaum, sedangkan jelas hak kaum
lain di dalam DAP diketepikan.
Apa buktinya?
Tiada Melayu dalam kepimpinan tertinggi DAP, sebaliknya calon Melayu, Zairil
Khir Johari hanya "dilantik" sebelum Lim Guan Eng kata berlaku
"silap kira undi." Apa lagi kata Kit Siang?
Perbalahan dalam
DAP terus jelas dengan arahan Lim Kit Siang terkini, DAP juga bertelagah dengan
PKR apabila Dr Boo Cheng Hau bergaduh berebut kerusi Gelang Patah dengan Datuk
Seri Dr Chua Jui Meng. Malah apabila dikritik oleh Dr Boo, Kit Siang telah
memberikan arahan kepada proksinya Naib Pengerusi DAP Johor, Ong Kow Meng agar
mencabar pengerusi parti negeri itu untuk berundur daripada jawatan itu selepas
pilihan raya umum ke-13.
Dengan alasan
itu, Dr Boo perlu untuk menghormati pengumumannya mengenai pengunduran yang
dibuat pada mesyuarat jawatankuasa parti negeri pada Ahad 7 April lalu di pusat
khidmat Gelang Patah. Ini kerana dengan pengumuman tersebut dia tidak lagi
sesuai untuk menerajui DAP di Johor yang disebabkan oleh cara kepimpinannya.
Malah Kow Meng turut mengatakan, Dr Boo gagal menyatukan anggota-anggota parti
sehingga menyebabkan perpecahan dalaman.
Ia ekoran dari
kenyataan Dr Boo sebelum ini, yang dilaporkan mendakwa menghentam anak
kesayangan Guang yang juga merupakan setiausaha agung parti, Lim Guan Eng
kerana memanipulasi keadaan dalam menamakan calon-calon di Johor. Dalam e-mel
kepada pucuk kepimpinan parti baru-baru ini membidas Guan Eng kerana
menggunakan perbincangan kasual di kedai kopi sebagai keputusan rasmi parti.
Boo merujuk kepada pemilihan ketua pemuda negeri Tan Hong Pin sebagai calon
untuk kerusi negeri Mengkibol.
Bekas anggota
dewan undangan negeri Ng Lam Hua dilapor digugurkan untuk memberi laluan kepada
Hong Pin, yang sebelum ini disebut-sebut bertanding kerusi negeri Pekan Nenas.
Boo berkata pencalonan Hong Pin dibincangkan pada makan malam sambil minum bir,
di sebuah kedai kopi pada 2 April. Namun tiada keputusan dibuat.
"Bagaimana
perbincangan kasual di kedai kopi bersama hidangan bir dijadikan sebagai
keputusan rasmi parti? Guan Eng tidak bertanggungjawab dalam menyakinkan (bekas
pengerusi DAP) Dr Chen Man Hin dan jawatankuasa pemilih lain bahawa saya
bersetuju dengan aturannya," katanya.
Apa jadi kepada
Jui Meng? Dia diberi kerusi Segamat, sebaliknya Kit Siang memperolehi kerusi
Gelang Patah. Kesian Jui Meng ... Bertahun bekerja di Johor tapi dicampak ke
kerusi yang dia sendiri belum yakin menang, sedangkan Kit Siang pula
terus-terusan berkempen untuk memenangi Gelang Patah.
Jelas kenyataan
Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Kit Siang akan mencetuskan perbalahan kaum di
Gelang Patah jika menang juga ada asasnya. Arahan kepada pemimpin DAP untuk
menutup mulut jelas menunjukkan betapa sikap sebenar beliau yang menjadi
"warlord" dalam DAP.
Semua orang kena
dengar cakap dia, kalau tidak tiada harapan terselamat. Kemudian hari ini di
Johor mereka berpura-pura krisis telah selesai, wayang kuat lah Pakatan Rakyat
ni.
Konon Dr Boo
bersalaman dengan Jui Meng, sedangkan kedua-duanya difahamkan masih lagi
bertelagah. Kalau penyelesaian merebut kerusi pun tak boleh selesaikan, apatah
lagi perbezaan pendapat dalam mentadbir negara.
Hancur Malaysia
kalau mereka perintah, mangsanya rakyat. Pada masa itu Presiden PAS Datuk Seri
Abdul Hadi Awang pun tak boleh buat apa, kecuali buat bodoh sahajalah. Sebab
dia dah menyesal bekerjasama dengan dua parti yang kononnya memperjuangkan
rakyat, tapi hanya nak jadikan Anwar sebagai perdana menteri.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.