Friday, 5 April 2013

ISLAM HARUS SEDAR AGENDA INI!!!

Apabila kita berbincang mengenai 14 tuntutan Inter-faith commission (IFC) yang dihantar pada 21 Ogos 2001 kepada Majlis Peguam Negara, maka ia adalah mengenai isu bukan muslim yang berani mengusik agama Islam sebagai Agama Persekutuan dan perlu diambil perhatian besar oleh seluruh umat Islam di Malaysia.

Tidak perlu rasanya untuk dihuraikan secara teliti setiap 14 tuntutan yang dihantar oleh Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS). Sudah banyak huraian yang boleh dibaca sendiri di banyak laman web, blog ataupun seminar-seminar yang dianjurkan oleh pelbagai pihak mengenai bahaya tuntutan ini.

Namun diringkaskan secara mudahnya, IFC adalah Suruhanjaya yang berfungsi sebagai sebuah mahkamah atau satu badan berkanun seakan-akan satu badan seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia yang menerima dan melayan aduan-aduan khususnya yang berkaitan dengan agama.

Kesimpulan pertama yang boleh dibuat pada tuntutan ini adalah ianya menuntut hak persamaan antara semua agama termasuk Islam yang sepatutnya tidak boleh diganggu gugat kedudukannya sebagai Agama Persekutuan di Malaysia.

Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan persamaan agama yang diminta?
Kita perlu jelas sejak awal bahawa persamaan agama yang diminta mereka menunjukkan mereka mahu merendahkan martabat agama Islam kita. Mereka mahu menjadikan agama kita sebaris kedudukannya dengan agama lain di Malaysia ini yang mudahnya dipanggil pluralism agama. Dalam satu laman web pluralism (http://www.pluralism.org/) ada tertulis bahawa Malaysian interfaith Network adalah sebahagian daripada projek mereka.

Anak muda serta rakyat harus bangkit hari ini untuk menghapuskan rejim yang sedang menganggu gugat negara Malaysia. Segala demotrasi yang berlaku hari ini adalah gerakan daripada tangan-tangan Yahudi yang hendak menghancurkan Malaysia.

Percaya dan Yakinlah bahawa PAS hari ini telah dijadikan boneka dalam Pakatan Pembangkang untuk memecahbelahkan umat Islam dari dalam. Hingga ke saat ini dokumen perjanjian antara PAS DAP PKR tentang persetujuan membenarkan khalimah Allah digunakan kristian masih belum ditarik balik walaupun Majlis Syura telah menghalang penggunaannya. Pendirian tegas PAS terlalu goyang untuk diyakini.

Dalam BN, dapat dilihat UMNO  tegas dan berkuasa dalam membuat keputusan. Jesteru YAKIN DAN PERCAYALAH pada BN! KITA BAWAKAN TRANSFORMASI ini terus ke hadapan.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...