Friday 29 March 2013

GERAKAN KADERISASI DI USIM!!! BONGKAR!!!



Tidak ramai yang tahu bagaimana Haziq ataupun Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) membentuk kekuatan gerakannya. Sebenarnya, ia bermula dari seawal-awal peringkat dalam sebuah rantaian besar yang berpaksikan kepada modul-modul tertentu. Ia dinamakan sebagai doktrinisasi dan pengkaderan.

Menurut sumber Brader, penekanan utama dalam gerakerja merekrut ahli baru ialah memfokuskan kepada kumpulan pelajar baru yang bersifat neutral. Ia berbeza dengan tanggapan kita selama ini bahawa usaha kaderisasi akan tertumpu kepada pelajar-pelajar keluaran institusi berasaskan keagamaan seperti Sekolah Menengah Agama (SMA) dan sebagainya.

Dalam hal ini, para pelajar keluaran sekolah agama dan kumpulan pelajar dari negeri-negeri Pantai Timur bukanlah sasaran utama kerana mereka sendiri yang akan mencari kelab-kelab seperti PMI atau meminta pandangan abang-abang senior seperti Haziq ini memandangkan sudah mempunyai asas dan didoktrinisasi sejak dari sekolah lagi.

Justeru target Haziq dan PMI lebih kepada pelajar-pelajar baru yang masih belum terdedah dengan politik kampus. Tenaga penggerak ini akan berselindung di sebalik imej dan perwatakan yang baik semata-mata untuk mendekati pelajar-pelajar baru ini.

Proses ini berlaku dalam fasa pertama gerakerja kaderisasi ahli baru seperti yang terkandung dalam modul yang disediakan oleh PAS kepada senior-senior, Haziq dan PMI. Dalam fasa pertama ini, para penggerak akan menyerbu lokasi-lokasi yang sering menjadi tumpuan pelajar baru ketika minggu pendaftaran berlangsung, atau lebih tepat pada hari ketibaan para pelajar ini ke universiti.

Antara lokasi yang popular termasuklah stesen-stesen bas, lapangan terbang dan stesen keretapi. Sasaran kumpulan ini biasanya kepada pelajar-pelajar yang datang bersendirian atau yang datang bersama keluarga dengan menggunakan pengangkutan awam.


Ketika inilah bantuan dihulurkan oleh tenaga penggerak yang di ketuai oleh Haziq atau pemimpin-pemimpin PMI. Pada tahap ini, doktrinisasi masih belum jelas. Apa yang berlaku pada tahap ini lebih menjurus kepada engagement tidak langsung. Mereka hanya membantu urusan pelajar-pelajar baru, mendapatkan kontek seperti nombor telefon dan butiran kasar pelajar-pelajar tersebut untuk tujuan perhubungan dalam fasa berikutnya.

Seminggu selepas proses ini berlaku, langkah seterusnya dalam fasa pertama akan digerakkan mengikut kesesuaian universiti masing-masing. 

Aktiviti-aktiviti pengukuhan engagement akan dijalankan seperti sukaneka, interaksi, kembara dan sebagainya. Ia juga dikenali sebagai Program Asas dalam modul kaderisasi ini, bertujuan mewujudkan hubungan awal yang lebih kukuh dengan pelajar-pelajar baru.

Antara lokasi yang popular termasuklah Taman Rimba Komanwel (zon Lembah Klang), Nur Lembah Pangsun (zon Utara), Janda Baik di Pahang dan Bukit Cerakah di Shah Alam. Menurut sumber Brader itu, lokasi-lokasi inilah yang sering menjadi pilihan utama kebanyakan PMI untuk menjalankan aktiviti Program Asas. Ia juga berkait rapat dengan peranan yang dimainkan oleh pemimpin-pemimpin parti di luar kampus.

Justeru bagaimana mereka boleh tuntut pilihanraya kampus bebas pengaruh parti luar? Banyak lagi bukti dan pendedahan akan dibuat. Brader tidak akan biarkan kumpulan sebegini terus menipu rakan-rakan siswa dan siswi sekalian. Terus bersama Brader!

Modus operandi ini turut digunakan di semua IPTA.

2 comments:

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...