Ini dakwaan yang brader terima dari sumber dalaman pmi usim. Ada koco-koco Fahmi Redza telah datang berjumpa dengan beberapa kepimpinan tertinggi pmi usim. Dalam perjumpaan tersebut, pihak pmi usim telah di arahkan oleh Fahmi Redza untuk mencari seorang balaci yang akan dikorbankan maruahnya iaitu setiap kali program-program yang dijalankan oleh pihak usim, akan dilakukan pembunuhan karaktor.Ini yang cuba dilakukan pada malam tadi.
Seperti mana yang terjadi, hal seperti ini telah pun dilakukan oleh kebanyakkan pmi di ipta lain. Sebagai contoh apa yang terjadi di uum dimana tindakan oleh bawani yang melakukan provokasi.
Inikah mahasiswa yang ingin dilahirkan? Seorang yang sangat kurang ajar perilakunya. JIka dilihat oleh sejarah penubuhan Usim, ia dibina adalah untuk membantu pelajar daripada aliran agama STAM kerana sebelum ini sangat terpinggir. Atas usaha kerajaan yang prihatin Usim diwujudkan. Harapan rakyat semasa penubuhan Usim adalah dapat melahirkan mahasiswa yang berguna dan bermoral.
Sikap begini bukan sikap seorang mahasiswa. Kalau rasa tidak boleh bersikap seperti seorang mahasiswa dan hendak menjadi samseng, sila keluar daripada Usim. Masih ramai yang mengimpikan peluang untuk belajar disini.
Lihat di sini betapa mahasiswa dipergunakan.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.