Monday, 18 March 2013

AWAS!!!TAKTIK PAKATAN MENDAPAT 2/3 KERUSI!!!


Brader lepak dengan sahabat brader petang tadi. Sahabat brader ini merupakan antara pemimpin-pemimpin mahasiswa. Brader mendapat maklumat sulit yang brader rasakan wajib di dedahkan segera kepada seluruh rakyat khasnya kepimpinan tertinggi UMNO sebagai persiapan menghadapi strategi luar biasa Pakatan Rakyat kali ini.

Brader di fahamkan hampir 30 orang pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat akan bertanding BUKAN DI TEMPAT mereka sebelum ini. Pemimpin-pemimpin ini difahamkan berada di kerusi putih yang pastinya letak siapa pun yang mewakili Pakatan Rakyat SANGAT PASTI MENANG. Menurut sumber brader antara yang akan meninggalkan kerusi mereka dan bertanding di tempat lain ialah Parlimen Lembah Pantai, Parlimen Permatang Pauh, Parlimen Kuala Kedah, Parlimen Batu dan beberapa Parlimen yang di wakili kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat. Strategik ini di namakan 1+1 di mana pemimpin ini akan meneroka kawasan kelabu dan bermati-matian berlawan untuk menang. Strategi ini ada di terangkan oleh sahabat brader di sini



Kerusi yang ditinggalkan tersebut akan di isi oleh kumpulan mahasiswa iaitu GM13. Kenapa mereka diletakkan di kerusi tersebut??? Sumber brader mengatakan mahasiswa ini dapat di belai dan di ikat harga diri mereka dengan duit. Ada di antara mereka ini telah berhutang dengan Pakatan Rakyat untuk tujuan tertentu. Sebagai membalas budi, mereka menjual diri mereka kepada Pakatan Rakyat. 

Beberapa kerusi yang merupakan kubu kuat UMNO akan turut di hantar wakil daripada GM13 ini bagi mengacau undi di kerusi tersebut. Antara kawasan yang di kenal pasti ialah Putrajaya, Rembau, Pekan, Muar, Pengerang, dan Pasir Gudang.

Brader mengharapkan UMNO dapat bersedia dengan strategi untuk mematahkan serangan mereka ini. Bersatu teguh, Bercerai kita roboh.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...