Wednesday, 27 March 2013

SAFWANG ANANG BENCIAN MAHASISWA!!!


Post kali ini Brader mendedahkan tentang kejahilan  yang dilakukan oleh Safwan Anang ini. Setelah pembohongan yang dilakukan di dalam kenyataannya tentang SAMM menyokong kerajaan, Brader terpanggil untuk menulis tentang perkara tersbut.

1. Bolehkah Safwan Anang meminta maaf kepada seluruh mahasiswa di Malaysia selepas pengakuannya bahawa SMM bukan pembangkang?Kami melihat hal ini sangat penting.


2. Pertama, sekiranya SMM benar-benar bukan pembangkang, maka ia telah menipu kumpulan mahasiswa pro-pembangkang atau lebih dikenali sebagai Pro-M, secara terang-terangan.

3. Pro-M yang meliputi seluruh IPT bernaung di bawah SMM sejak sekian lama dan berkongsi ideologi serta pandangan politik yang selari iaitu menolak Kerajaan Barisan Nasional di semua peringkat termasuk gerakan-gerakan mahasiswa yang mesra kerajaan seperti kumpulan Aspirasi Mahasiswa.

4. Dlm menzahirkan penentangan terhadap Kerajaan Barisan Nasional ini, kumpulan Pro-M dan SMM turut menubuhkan Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) sebagai alternatif terhadap Majlis Perwakilan Mahasiswa Kebangsaan (MPPK) yang diwujudkan oleh kerajaan pusat melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sejak era mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

5. SMM juga bersekongkol dengan Pakatan Rakyat ketika melancarkan kempen Malaysia Bangkit pada Februari 2012 yang dipengerusikan oleh bekas Presiden MPM UM dari kem Pro-M, Saudara Syahid Zaini, yg juga salah seorang pimpinan SMM. Melalui kempen ini, pihak sekretariat melancarkan 9 tuntutan bersama yg bersifat anti-kerajaan.

6. Justeru bagaimana Safwan Anang, selaku Pengerusi SMM boleh mendakwa pertubuhan tidak berdaftar itu sebagai BUKAN PEMBANGKANG? Hal ini ibarat telah menipu dan mengkhianati harapan kumpulan mahasiswa pro-pembangkang di Malaysia.

7. Kedua, sekiranya SMM benar-benar bukan pembangkang, maka Safwan bertanggungjawab memohon maaf kpd seluruh mahasiswa kerana tindak tanduk mereka selama ini telah memalukan golongan ini secara terbuka.


8. Akibat pelbagai onar yang dibuat seperti menurunkan bendera DS Najib, mengalungkan bunga malai (kematian) pada potret Perdana Menteri itu, demonstrasi liar ketika kempen Anti-PTPTN dan Bersih 3.0 dan banyak lagi, nama baik mahasiswa di Malaysia telah tercemar teruk!

9. Safwan juga perlu meminta maaf kepada MPPK kerana tidak mengiktiraf pertubuhan sah ini yang telah banyak memperjuangkan isu dan kebajikan mahasiswa di M'sia. Kerana politik sempit SMM, sebahagian besar MPP dari Pro-M telah memulaukan MPPK setiap tahun.
10. Safwan perlu cuci segala dosa SMM dan membuktikan mereka BUKAN PEMBANGKANG seperti yg didakwa.

1 comment:

  1. salam perjuangan, mohon pautkan blog sy disini

    http://perakrawk.blogspot.com/

    sy telah pautkan blog tn/cik disana...tq!

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...