Saturday 23 March 2013

AWAS TAKTIK ANWAR DI LUAR NEGARA!!!


Brader difahamkan oleh seorang perisik di dalam GM13 yang mendakwa Anwar telah mengarahkan jentera-jenteranya untuk menyalurkan dana kepada rakyat Malaysia yang berada di luar negara. Fokus utama yang brader dijelaskan ialah golongan muda terutama Mahasiswa yang layak mengundi tetapi berada di luar negara serta mereka ini harus dikenalpasti menyokong Pakatan Pembangkang. 

Pendekatan yang digunakan Brader Anwar dengan memberi dana tambahan dengan tujuan rakyat Malaysia dapat pulang melawat keluarga di kampung di samping mengundi Pakatan Pembangkang. Ada rakyat Malaysia yang sudah lama tidak balik melawat keluarga berikutan kekurangan sumber kewangan. Dengan strategik yang Brader Anwar gunakan ini, Brader merasakan ramai yang akan mengambil peluang ini malah terhutang budi kepada Pakatan Pembangkang ini. 

Brader ingin maklumkan kepada rakyat Malaysia di luar negara yang menyokong Barisan Nasional. Anda boleh pergi ke kedutaan Malaysia di negara anda berada dan mendaftar sebagai pengundi Pos. Masa untuk mendaftar adalah selagi Parlimen belum di bubarkan dan maklumat lanjut boleh diperolehi di kedutaan Malaysia.

Undi anda sangat bernilai bagi mengekalkan keamanan di negara tercinta.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...