Thursday 21 March 2013

TERKINI!!!NIK AZIZ BERUNDUR PRU-13 INI!


Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dimasukkan ke hospital kelmarin selepas mengadu ‘sakit perut’. Malah, beliau yang dijadual mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri semalam gagal berbuat demikian berikutan keadaan kesihatannya itu.
Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah ketika ditemui selepas mesyuarat Exco di semalam enggan menjelaskan di mana Nik Abdul Aziz dirawat dengan alasan tidak mahu beliau diganggu. Nik Aziz sebelum ini dilaporkan sering mengalami masalah kesihatan berikutan umurnya yang sudah mencecah 82 tahun iaitu satu umur yang hampir ke penghujungnya jika dilihat majoriti manusia sekarang yang mampu meneruskan hidup.
Walaupun banyak pihak meminta Nik Aziz supaya berundur daripada terus terlibat dalam arena politik, namun beliau tetap tidak mengendahkan permintaan tersebut. Brader di fahamkan ia adalah disebabkan arahan Anwar yang meminta Nik Aziz memegang kuasa PAS sehingga Anwar berjaya menawan Putrajaya.
Namun Nik Aziz sebaliknya dalam kenyataannya sebelum ini berkeras akan terus bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana berpendapat ahli-ahli PAS masih memerlukan khidmatnya. Beliau pernah menyatakan akan bersara daripada politik jika bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad turut melakukannya, namun setelah Dr. Mahathir berbuat demikian sejak 10 tahun lalu, Nik Abdul Aziz masih kekal di tampuk kepemimpinannya.
SUMBER 

MUNGKINKAH KESAKITAN YANG NIK AZIZ ALAMI INI ADALAH PETUNJUK ALLAH SUPAYA NIK AZIZ BERUNDUR DALAM PRU-13 INI?

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...