Saturday, 30 March 2013

GEMPAQ!!!USRAH DI USIM YANG DIPESONGKAN!!!




Klik SINI jika anda belum baca siri terdahulu.

Selepas selesai peringkat Program Asas dan membuat pilihan ahli, peringkat seterusnya ialah menjalankan usrah.

Usrah berlaku dalam Fasa 2 dan biasanya dipecahkan kepada dua kumpulan besar iaitu usrah untuk penyokong dan usrah untuk hardcore atau ahli senior.Haziq Syiah berada di dalam kumpulan Hardcore di mana Brader akan ceritakan nanti.

Berdasarkan pengalaman sahabat Brader yang pernah menjadi ahli usrah dalam kumpulan penyokong baru, usrah akan diketuai oleh seorang akhi bagi kumpulan lelaki dan ukhti bagi kumpulan wanita. Ia merujuk kepada abang atau kakak yang lebih senior.

Sahabat Brader menyertai usrah ini kerana terperangkap dengan permainan hardcore bertaraf akhi ini. Ia sama seperti yang diceritakan oleh sumber Brader dalam posting terdahulu (SINI) di mana engagement dengan pelajar baru dijalankan dengan penuh muslihat hingga ramai yang tidak menyedari ‘kemesraan’ dan ‘baik hati’ yang ditunjukkan itu turut mengandungi tujuan lain.

Namun Sahabat Brader meninggalkan usrah ini lebih awal kerana kesal dengan sikap akhi usrah Sahabat Brader yang gemar menyelitkan hal-hal politik ketika berusrah, termasuk mengajak kami menolak kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri ketika itu atas alasan Tun tidak menegakkan Islam di Malaysia.

Skripnya sama. Modul-modul dalam usrah datang daripada Gamis sebagai induk atau payung kepada PMI sebelum membentuk jemaah baru. Proses ini terus berjalan hingga semua ahli usrah lengkap didoktrinkan, dan kategori penyokong dikenalpasti sebelum dibawa ke luar kampus untuk tugas yang lebih besar. Haziq antaranya telah dihantar menyertai beberapa demotrasi yang dianjurkan untuk mengulingkan kerajaan. 

Dalam entri berikutnya Brader akan dedahkan tentang Liqa yang lebih kepada pengenalan kepada ahli baru dengan politik luar kampus terutamanya dalam menyokong PAS menumbangkan kerajaan pusat. Namun begitu ia tidak dilakukan secara terang-terangan, sebaliknya masih lagi berselindung melalui penggunaan istilah-istilah tertentu yang kesemuanya dirangkumkan atas nama perjuangan dan jihad.

Adakah ini perjuangan yang betul?

Sebenarnya banyak kecelaruan termasuk dari segi akidah dan metod yang digunakan. Semua fakta dan hujah akan Brader dedahkan dalam entri-entri berikutnya dengan bantuan rakan-rakan. Jangan terkejut kerana Sahabat Brader sendiri pernah berada dalam jemaah ini. Matlamat mereka yang sebenar hanyalah untuk berkuasa.

Jika PAS di luar mahukan kuasa sebagai kerajaan, PMI dan Gamis di dalam kampus pula mahukan kuasa sebagai MPM atau MPP. Maka, ketika itu, apa sahaja kaedah akan dibolehkan.


Di sebalik Haziq siapa dalangnya? Saksikan video dibawah ini.

1 comment:

  1. "Dan memfitnah itu lebih buruk daripada membunuh" - Al Baqarah 2:191

    Ustaz Mohd Kazim Elias

    "Sesungguhnya seseorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataannya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan ke dalam api neraka selama tujuh pul...uh tahun." (Hadis riwayat At Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A)

    "..dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang." - Al Hujurat 49:12

    "Pada hari itu(hari kiamat), akan bersaksilah ke atas kamu oleh segala lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan(didunia dahulu)."
    An Nur 24:24

    "Sesungguhnya orang yang mendengar (seseorang yang mengumpat orang lain) adalah bersekutu (didalam dosa) dengan orang yang berkata itu. Dan dia juga dikira salah seorang daripada dua orang yang mengumpat itu"

    "Tiga perkara apabila ada pada seseorang itu maka ia adalah munafiq (munafiq amal, bukan munafiq aqidah) walaupon ia berpuasa dan sembahyang. Ialah orang yang apabila bercakap ia berbohong, apabila berjanji ia mungkiri dan apabila ia diamanahkan sesuatu ia akan khianat"

    "Sesiapa yang sanggup meninggalkan pertengkaran sedangkan ia adalah dipihak yang salah, Allah akan membina untuknya sebuah rumah ditepi Syurga. Dan barang siapa yang sanggup meninggalkan bertengkar sedangkan ia berada di pihak yang benar, Allah akan membina untuknya sebuah rumah ditempat yang tinggi didalam Syurga."

    "Maka janganlah kamu menganggap dirimu bersih, sebenarnya Allah lebih mengetahui siapakah orang yang lebih bertaqwa kepadaNya." - An Najm 53:32

    http://www.facebook.com/pages/Ustaz-...41518&comments

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...