Mari brader ulas pasal manifesto pakatan pembangkang pasal isu pendidikan. Brader melihat ini sebenarnya agenda terancang tangan-tangan asing yang telah di dedahkan sebelum ini. Isu AUKU ini dibangkitkan sebelum ini adalah kerana ia telah melarang mahasiswa daripada berpolitik. Kini AUKU telah digubal membenarkan mahasiswa berpolitik. Malangnya ia masih dibangkitkan oleh segelintir mahasiswa yang telah dihasut Pakatan Pembangkang atas kepentingan peribadi mereka.
Kenapa Pakatan Pembangkang menekankan dan mengaitkan isu pemilihan naib canselor ini dengan AUKU? Terlalu banyak yang disembunyikan Pakatan Pembangkang ini. Sedarkah anda bahawa sekiranya AUKU dimansuhkan ia akan memberi peluang DAP (CINA) memegang jawatan Naib Canselor? AUKU melindungi hak kedudukan orang Melayu di mana Naib Canselor mesti orang MELAYU! Bukan brader nak rasis, tetapi itu adalah kenyataan agenda di sebaliknya.
Malah dalam forum yang di adakan tempoh hari di UM, saudara Syis Abdul Kadir telah menarik diri tanpa di maklumkan kepada ahli forum yang lain. Saudara Syis telah menghantar orang bawahan iaitu Ekhsan kalau tidak silap brader yang tidak mampu menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh mahasiswa. Malah 7persoalan dalam masa 10minit di tanya oleh mahasiswa, saudara Ekhsan hanya menjawab dalam masa 3minit sahaja. Dan jawapan yang diberikan sangat-sangat lemah. Inikah calon yang GAH melaungkan mahu bertanding melawan Perdana Menteri?
Dan paling brader ingat kata-kata saudara Ekhsan ini, mereka akan berbincang untuk mohon MAAF kepada "CALON TUA" setelah di gasak oleh seorang bakal peguam di atas pentas. Bila mahu minta maaf saudara???
Jika merasakan brader fitnah mereka ini, mahasiswa dan anak muda boleh tengok sendiri rakaman penuh forum tersebut.
*Hanya mampu tersenyum melihat PMI di gasak di atas pentas*
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.