Sunday 24 March 2013

RAKYAT PERAK BENCI ANWAR!!!


Brader meninjau pandangan penduduk setempat di negeri Perak. Maklumat yang brader peroleh hasil daripada risikan di warung-warung Kampung kawasan sekitar Teluk Intan, Sungai Siput, Bota Kiri, Parit, Jelapang dan beberapa kawasan lagi mendapati rata-rata penduduk Perak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan BN di Perak sekarang.

Brader mendapati isu-isu besar di Perak telah dapat di selesaikan. Kalau ada cuma isu-isu kecil seperti longkang tersumbat, lampu isyarat tidak berfungsi, masalah tempat letak kereta dan beberapa perkara kecil lagi yang brader yakin ia tidak memberi kesan kepada kehilangan pengundi BN di sini. 

Brader mendapat maklumat beberapa kawasan sedang di kenal pasti oleh Anwar untuk bertanding di kawasan tersebut. Brader cuba menanyakan pendapat penduduk Perak, rata-rata mereka sudah serik dengan janji Pakatan Pembangkang ini. Mereka tidak mahu dan tidak mengizinkan Anwar bertanding di tanah Perak.


Hasil tinjauan Brader dapat dirumuskan bahawa negeri Perak, kerajaan BN boleh menang dengan majoriti peningkatan lebih daripada 30% daripada 2008. Cuma kerisauan Brader adalah isu cantas mencantas sesama sendiri di dalam UMNO. Brader mengharapkan sikap begitu dapat dibuang jauh-jauh daripada kepimpinan UMNO sekarang.

Bersatu demi AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...