Sunday 31 March 2013

SYIS KADIR DAN GM13 MASIH KUAT MENIPU!!!


Mengarut  betul GM13 ini. Terlalu banyak propaganda dan presepsi yang dimainkan mereka ini. Secara terangan mereka menipu rakyat, mahasiswa dan anak muda. Kerajaan tidak pernah gentar dengan mereka ini. Isu penangkapan 3orang di angkasapuri tempoh hari adalah prosedur biasa yang di ambil oleh PDRM. Brader nak mengajak kamu semua berfikir secara logiknya. Jika ada orang membuat bising atau membuat onar di hadapan rumah kamu, adakah kamu hanya mendiamkan diri sahaja? Itu yang berlaku di RTM tempoh hari. Tinjauan brader kepada staf yang bekerja di RTM itu menyatakan mereka sangat takut untuk datang bekerja kerana risau keselamatan mereka dan terganggu emosi mereka. Mereka terpaksa melalui jalan masuk yang di kelilingi oleh mahasiswa GM13 yang bila-bila masa mampu bertindak liar. Apa komen kamu?


Dalam gambar ini Syis Kadir sedang berkempen polisi baharu pendidikan negara yang direkanya. Seperti yang brader ceritakan dalam artikal sebelum ini, dalam forum yang di adakan di UM tempoh hari pun, Syis Kadir ini takut untuk berhadapan dengan mahasiswa dan anak muda. Syis Kadir hanya berani menyala di luar sahaja. Bila berpeluang menjelaskan polisi yang di bawanya, dia lari lintang pukang.

Malah polisi mereka ini tidak mampu dan tidak boleh dijawab oleh wakil Syis Kadir iaitu Ekhsan. Mereka ini hanya mengikut arahan Anwar sahaja dalam mengucar-kacirkan negara. Malah apa gunanya polisi mereka ini jika kehadiran ke kuliah untuk menuntut ilmu turut di tinggalkan. Jika kata brader fitnah, kamu boleh rujuk sendiri kedatangan mereka ke kuliah-kuliah di kampus.



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...