Thursday, 21 March 2013

SAH!!!ANWAR LARI DARI PERMATANG PAUH!

Sebagai pemimpin yang dikhabarkan mahu ditabalkan oleh Pakatan PEMBANGKANG sebagai menang dalam PRU13 nanti sudah tentu Anwar mesti diselamatkan daripada kalah dalam proses pengundian nanti.

Namun mengapa tiba-tiba Anwar seolah-olah mahu keluar dari Permatang Pauh sedangkan selama ini seluruh negara sudah pun mengetahui disinilah (Permatang Pauh) kubu kuat beliau. Apa yang sudah jadi kepada Permatang Pauh ?

Anwar sebenarnya telah melihat perubahan PENURUNAN yang agak mendadak dari sokongan terhadapnya khususnya di PERMATANG PAUH. Malah melalui sumber , program yang dianjurkan oleh Pakatan PEMBANGKANG kini semakin hambar dan tidak lagi seperti dulu.Selain dari itu kehadiran Tun Mahathir , Dr Hasan Ali dan banyak lagi telah memberikan satu tamparan buat Anwar dan jenteranya.


Namun yang terpenting sekali Anwar mahu cabut dari Permatang Pauh adalah kerana kelibat seseorang yang kini heboh diperkatakan bakal dipilih menjadi calon bagi berdepan dengan beliau dalam PRU13 nanti.

Jelas sekali kerisauan sudah mula terpancar dibenak hati pengikut-pengikut Anwar.Ini bukan "stail" Pakatan PEMBANGKANG di Permatang Pauh melainkan ianya benar-benar dirasakan mampu menggugat barulah kenyataan sedemikian akan keluar dari mulut mereka sendiri.

Kemungkinan Anwar bertanding di tempat lain itu adalah kerana beliau sudah kecut serta amat bimbang mengalami kekalahan dan kerana itu beliau perlu mencari kaedah terbaik untuk mengelak daripada terjerumus ke dalam satu medan perang yang beliau sendiri tidak mampu untuk pertahankan. Anwar mungkin boleh tersenyum dengan baik namun rakyat tidak akan sesekali berlakon apatah lagi melawak pada ketika mereka berada di peti-peti undi nanti.

Sekiranya Anwar memilih untuk lari dari kubu kuatnya sendiri maka jelaslah Pakatan PEMBANGKAN kini semakin KECOH diantara mereka sendiri dalam menangani beberapa isu yang diibaratkan seperti bom tangan.

Jika kena dengan caranya sudah pasti musuh bakal menerima musibah tetapi jika berlaku satu saja kesilapan maka sudah pasti bom tersebut bakal memakan diri. Dan inilah yang berlaku kepada Pakatan PEMBANGKANG hari ini , mereka tersilap percaturan apabila yang dicabut dari bom tangan sendiri.



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...