Wednesday 12 June 2013
Saturday 8 June 2013
POLIS BERDEMO PULA!!!
Sebagai rakyat prihatin yang cintakan keamanan, apa kata kita ramai-ramai hasut semua polis biar mereka jalankan mogok sehari ataupun 24 jam. Jangan pergi kerja. Sama seperti mogok pemandu teksi, mogok pekerja kilang, mogok pekerja airport, mogok pekerja bank, kita tengok apa akan jadi pada negara ni. Cubalah sekali, kalau tak cuba mana nak tahu. Kita tetapkan satu hari, semua polis yang ada lebih kurang 100, 000 personel, sorang pun jangan keluar rumah, sorang pun jangan keluar kerja ke balai, IPD, IPK ataupun mana-mana juga formasi penempatan mereka bertugas. Cuba sekali tengok apa jadi...
Tidak dapat dibayangkan dengan akal yang waras ini. Kejadian rogol dalam kelas sekolah rendah, perompak angkut duit bank gunakan bulldozer, penyamun shopping di Pavillion gunakan lori sampah, mayat mangsa rogol bunuh berselerak dalam sekolah, dalam masjid, dalam ibu pejabat PKR Tropikana, di kolej MAHSA, pelatih jururawat Masterskills jadi hamba seks, pekerja urut kerat kemaluan pelanggan dan bermacam-macam lagi contoh kejadian yang tidak masuk akal akan berlaku. Na'uzubillah...
Admin paling sedih dengar polis kena hina, dicaci malah dituduh membunuh. Sedangkan dengar ceritanya, sebelum kena tangkap polis pun penjenayah tu dah ditangkap beramai-ramai oleh orang kampung, kena belasah beramai-ramai bergotong-royong dengan orang kampung. Bila sampai ke tangan polis, penjenayah dah lembik, polis sergah sikit, jentik telinga pun jatuh terkulai terus mati. Akibatnya polis pulak dituduh membunuh. Memang tidak adil sama sekali. Polis nak pastikan kejadian jenayah terbendung, namun pencacai pembangkang sudah pusing ke lain. Tugas menjaga keamanan jadi bukan keutamaan sepertimana pentingnya mempertahankan penjenayah. Apa nak jadi ni...
Sebab polis itu taat setianya kepada negara tidak berbelah bahagi, semangatnya tinggi, makanya mereka tidak sesekali akan berdemonstrasi mempertahankan hak mereka sendiri. Mereka berjiwa kental, patriotik dan tidak takut mati. Polis sanggup makan peluru untuk selamatkan orang ramai. Mereka sudah dilatih begitu.
Rakyat perlu bangkit pertahankan institusi kepolisan. Mereka perlukan sokongan anda sekarang kerana dijadikan mangsa kerakusan politik jahat pembangkang. Utamakan hak polis bukannya pertahankan penjenayah. Jangan termakan hasutan dan polis dimangsakan. Hargailah perit lelah mereka menjaga keamanan.
KAMI SOKONG POLIS!!!
TERUSKAN TUGAS ANDA DEMI NEGARA TERCINTA..
Tuesday 4 June 2013
PANAS HATI BILA AGONG DIHINA!!! BACA JIKA ADA HATI!!!
Hari ini ternyata tindakan tegas sekali lagi di ambil terhadap mereka yang menghina Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.
Brader melihat menteri KDN yang baru ini sangat tegas dan berani mengambil tindakan ke atas mereka yang menghina YDP Agong. Sudah sampai masanya pihak berkuasa tidak memberi muka kepada mereka ini. Ayuh teruskan buruan pasukan PDRM!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)