Saturday 25 May 2013

PDRM DI FUCKERKAN!!! ANAK POLIS???

Mereka sudah mula tertekan dengan tindakan Polis bertindak tegas.
Mereka mula memaki Polis. Siapa anak Polis disini? Apakah perasan kamu bila ayah kamu di maki? Ayuh kita nyatakan pendirian tegas menolak pemberontakkan pengkhianatan ini. Bantu sedarkan rakyat Malaysia dengan kesan tindakan mereka ini!

Ayuh laporkan kepada Polis sesiapa yang menghasut ini.

Brader menyeru para penyokong PAS protes mereka ini.

Friday 24 May 2013

MAHASISWA KURANG AJAR TAMAT ZAMAN BUJANG!!!

Rungutan brader dengar daripada anak muda antaranya nak mendirikan rumah tangga, tapi kewangan tidak mengizinkan. Itu realiti dunia hari ini. Tetapi sedarkah masyarakat bahawa ada segelintir masyarakat yang merosakkan negara dan membinasakan negara dengan demotrasi-demotrasi yang menjijikkan dengan mudahnya mampu mendirikan rumahtangga.

Persoalan disini, daripada mana sumber kewangan yang diperolehinya? Halalkah sumber tersebut? Berapa bayaran yang diterimanya setiap kali mengadakan demotrasi? Apakah hukumnya berkahwin menggunakan duit hasil daripada menghancurkan negara malah menyebabkan ISLAM dipandang serong?

Brader di fahamkan mamat ini banyak skandal dan selalu tengok mamat ini dengan beberapa orang kaum hawa. Tetapi akhirnya jodohnya dengan insan ini. Tahniah brader ucapkan. Cuma brader harap anaknya tak ikut perangai bapaknya yang kurang ajar dan munafik yang suka berdemo serta porak-perandakkan negara.

Opppsss... satu lagi brader lupa. Jangan ikut perangai Khalid Syiah tu ye.

Thursday 23 May 2013

KAFIR MASUK SYURGA KERANA ADAM ADLI!!!!

Ini ajaran mana ni? Timbul persoalan brader disini, adakah yang datang ke mahkamah itu berdosa kerana percaya dapat masuk syurga? Apa hukumnya?

KETAKUTAN PRO ADAM ADLI TERASA KINI! KANTOI!

Setakat ini Polis telah menjalankan SOP yang telah ditetapkan. Sehingga saat ini, terdapat beberapa tangkapan yang telah di buat mengikut peruntukkan undang-undang.
Tangkapan awal yang brader kira ialah 18 0rang iaitu :

1) 14 lelaki : 3 melayu. 11 cina

2) 4 Perempuan : semua cina.

Semua tangkapan ini telah dibawa ke Balai Polis Jinjang untuk disoal siasat. Pihak PDRM memaklumkan bahawa mereka akan dibebaskan dengan ikat jamin setelah soal siasat ini direkodkan selesai.

Persoalan brader di sini, kenapa yang datang protes ini adalah daripada DAP kebanyakkannya??? Apakah agenda mereka ini? Mereka ini berdemo sebagai tanda protes tidak membenarkan Adam Adli dibicarakan. Kenapa mereka takut pada keadilan?

FITNAH KONSPIRASI ADAM ADLI JATUHKAN NEGARA!!!

Diingatkan kepada pemfitnah tegar PAKATAN RAKYAT!  Ini bukan FRU. Tapi ini adalah unit kecil yang dipanggil PORU. Pelbagai fitnah di lemparkan oleh PAKATAN RAKYAT mengatakan Gas Pemedih mata telah dilepaskan. Brader berada di lokasi kejadian sejak jam 8malam tadi. Tidak ada walaupun sebutir pun bom Pemedih Mata dilepaskan.

Brader telah menganalisis di alam maya dan mendapati tidak ada 1 pun gambar yang menunjukkan Bom Pemedih Mata dilepaskan. Di FB, brader dapati yang memainkan isu ini adalah mereka yang terlibat dengan gerakan komunis. Apakah agenda mereka ini?


Thursday 16 May 2013

SINGA UTARA MENGAUM DI PUTRAJAYA!!!

Di malam yang heni ini, Brader ingin mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada YB DATO' SERI SHAHIDAN BIN KASSIM sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.


Ketokohan dan kepimpinan Dato' Seri Shahidan Bin Kassim memang tidak dapat dinafikan lagi. Brader pernah berkhidmat dan berkerjasama dengan Dato' Seri semasa Dato' Seri menjadi Menteri Besar Perlis. Ketegasan dan ketelusan Dato' Seri telah membuatkan ramai yang menyanjungi Dato' Seri Shahidan Bin Kassim. 

Brader mendoakan Dato' Seri Shahidan Bin Kassim berjaya menjalankan tanggungjawab yang telah di amanahkan dengan jayanya. Brader dan sahabat-sahabat brader sedia menabur bakti dan berkhidmat bersama Dato' Seri sekiranya di beri peluang dan di perlukan. 

Demi Agama, Bangsa dan Tanahair tercinta.

Thursday 9 May 2013

ORANG KUAT ANWAR SAH LETAK JAWATAN

Brader mendapat berita bahawa Azmin Ali bakal meninggalkan Pakatan Pembangkang setelah tidak berpuas hati Anwar terlalu mengikut kata-kata DAP. Nantikan kenyataan rasmi dari Azmin Ali.

Friday 3 May 2013

ANWAR BERDENDAM!!! PAS TIDAK TEGUR PUN!!!




Belum lagi mendapat kuasa, sikap diktator nya kian terserlah, tiada siapa yang boleh menghalang  sekutu Israel ini dari melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya. Ini lah wajah sebenar PKR dan Anwar Ibrahim.

Jika sesuatu perkara itu melibatkan dirinya, pelbagai pihak akan diperslahkan termasuk Mahkamah, Peguam, Penjawat awam, Keselamatan.Sikap ini mengingatkan kita bagaimana kedegilan Israel  didalam menolak semua undang undang yang termaktub, Mereka kan melanggar apa sahaja yang menggugat kepentingan  mereka.

Begitu juga dengan PKR yang diketuai oleh Anwar, Ianya telah ditunjukkan secara jelas didalam BERSIH dimana semua anggota keselamatan di persalahkan, sehinggakan ada yang disepak ditendang dihina pihak keselamatan  juga yang diperslahkan.

Sikap diktator ini kini telah ditunjukkan secara jelas oleh Anwar melalui ucapannya, dimana dia akan merampas semua perniagaan yang dimiliki oleh individu dan memenjarakan mereka yang dia fikirkan perlu.
Jesteru itu, saya amat berminat  untuk melihat Anwar Ibrahim menangkap dan merampas dan memenjarakan individu dibawah ini..

Datuk Ibrahim Abdul Rahman, mempunyai kepentingan perniagaan yang besar mewakili Anawar dengan menjadi lembaga Pengarah lebih daripada 50 syarikat dan pemegang saham hampir 20 syarikat. Beliau terus menjadi atau telah pada lembaga syarikat awam tersenarai sewaktu Anwar Ibrahim menjawat jawatan Menteri Keewangan dan Timbalan Perdana Menteri seperti:

  1. Pengkalen Holdings Bhd,
  2. Pengkalen Capital Bhd,
  3. OI Corporation Bhd,
  4. Pan Malaysia Industries Bhd,
  5. Nissan Industrial Oxygen Bhd.
  6. Zaitun Bhd
  7. Boral Concrete (Malaysia) Sdn. Bhd;
  8. Holdings Sdn Ibrus. Bhd;
  9. MS Pembinaan dan Kejuruteraan (M) Sdn. Bhd;
  10. PPH Pembangunan (M) Sdn. Bhd;
  11. Metromix Sdn. Bhd
  12. Syarikat Bumiputra Sdn. Bhd.
  13. PPH Development (M) Sdn. Bhd.
  14. PPH Resorts Negara (Port Dickson) Sdn. Bhd.
  15. Dan PPH Resorts (Penang) Sdn. Bhd.
  16. Dibawah ini pula merupakan senarai Syarikat syarikat yang mana Bapa Anwar Ibrahim merupakan pemegang saham yang besar dalam sesebuah syraikat:
  17. Nissan Oksigen Perindustrian Diperbadankan Berhad (3032500 saham);.
  18. Par Con Corporation (900,000 saham);.
  19. Perumahan Muhibah Sdn. Bhd (510,000 saham);.
  20. Sri Kibar Sdn. Bhd. (285,000 saham);
  21. Westaflex Sdn. Bhd (200,000 saham).
  22. Seribudi Services (M) Sdn. Bhd. (200,000 saham).

Dulu Akta ISA dicanangkan sebagi satu akta yang kejam, tetapi kini  percakapan dan akan melakukan penindasan terhadap rakyat Malaysia yang akan datang adalah lebih kejam lagi. Selalunya sikap yang demikian adalah diwarisi oleh  mana man pihak yang berpaksikan komunisme dan berfahaman diktator.

Saya berani menyatakan bahawa ini lah wajah PKR dan Anwar yang sebenarnya.
Bagaimanapun sifat-sifat ini nampaknya tidak ada pada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Belum menang dan dengan rasminya dilantik menjadi perdana menteri Malaysia beliau telah mengumumkan senarai siapa yang patut meminta maaf daripadanya.

Beliau mahu TV3 dan Utusan meminta maaf. Mereka juga akan diarahkan untuk bersedia mewawancaranya mengenai kemenangannya. Pelik seorang bekas pemimpin gerakan Islam kini menyerlahkan sisi pendendamnya dan juga keangkuhan yang luar biasa. Klik di sini

Sebenarnya keangkuhan Anwar ini adalah di luar batas undang-undang. Jika Anwar terlalu marahpun dengan mana-mana pihak dan menuntut mereka memohon maaf kepadanya, beliau harus menggunakan saluran yang betul.

Perkara mencari hukuman setimpal kerana berasa diri difitnah harus diuruskan oleh Mahkamah, kata Tokoh Wartawan Negara, Datuk Abdul Kadir Jasin. Tuntutan pampasan atau permohonan maaf mesti ditentukan oleh mahkamah.

Soalnya, benarkah Anwar akan jadi perdana menteri? Jawabnya, sekalipun beliau benar-benar jadi perdana menteri, beliau harus menghormati undang-undang. Belum duduk sudah mahu berlunjur. Bayangkan jika Anwar memerintah kelak tidakkah beliau akan “beraja di mata dan bersultan di hati”?

PUTRAJAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sekali lagi  menyatakan tindakan yang bakal diambilnya “apabila’ menjadi perdana menteri, termasuk terhadap Tun Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin.
Anwar berkata beliau akan mengambil tindakan terhadap anak Mahathir tetapi secara bersindir berkata dia tidak  akan masukkan Mahathir ke dalam penjara kerana tak ada  “siapa nak jaga dia.”

Anwar semakin membuat kenyataan-kenyataan angkuh dengan empat hari lagi menjelang hari mengundi PRU ke 13.Dua hari lalu Anwar berkata, apabila berkuasa, beliau akan menuntut maaf daripada Utusan Malaysia dan TV3 serta mengarahkan stesen televisyen itu untuk menemuramah beliau.

Hari ini Anwar berceramah di Putrajaya. Majlis itu menerima sambutan hambar dengan hanya kira-kira 1,000 hadirin, kebanyakan penyokong tegar PAS daripada luar Putrajaya.

Dalam ucapannya, Anwar mensasarkan “pelan tindakannya” untuk bekas Menteri Kewangan Tun Daim dan Mahathir, yang menjadi Perdana Menteri untuk 22 tahun sebelum bersara pada 2003.Anwar berkata sekiranya pembangkang menawan Putrajaya, Daim akan menerima natijah setimpal daripada perbuatannya itu.

“Saya hendak beritahu tuan-tuan, kita ambil alih kerajaan, semua harta yang diambil secara haram, harta rakyat, wang rakyat, kita pulangkan semula kepada rakyat. Beliau tidak menyatakan bagaimana tindakan sebegitu akan diambil.

Anwar sendiri terpalit dengan tuduhan pemberian projek dan saham ratusan juta ringgit kepada sahabat dan ahli keluarga  semasa menjadi Menteri Kewangan ( Klik di sini ). Beliau tidak pernah mempertahankan dirinya daripada tuduhan-tuduhan itu. Sebaliknya beliau memaparkan dirinya “penyelamat” negara daripada rasuah dan salah guna kuasa.

Anwar berkata apabila berkuasa, beliau akan “maafkan” Mahathir dengan tidak menghantarnya ke penjara.”Tapi Mahathir saya maafkan, ganggu dia buat apa… jangan… jangan. Saya biasa duduk dalam penjara, siapa hendak jaga dia,” ujar Anwar lagi.

Bagaimanapun Anwar berkata tindakan akan diambil  untuk merampas  perniagaan milik anak Mahathir. “Monopoli kontrak Petronas anak kamu mesti ditamatkan serta-merta,( Klik di sini )” kata Anwar.
Mahathir sering menyifatkan Anwar sebagai seorang yang rakus kuasa dan tidak mempunyai kewibawaan moral untuk menjadi perdana menteri.


KENAPA KEDAH YAKIN KEMBALI KE BN? JOM LAYAN!!!


Umat Islam terutama di Kedah dinasihatkan memilih Umno dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi menyelamatkan agama Islam di negara ini, menurut seorang pengasas pondok di daerah Padang Terap. 

Pengasas Pondok Ahmadiah Padang Nyior, Ahmad Muhamad Nor, 86, yang sebelum ini tidak berpihak kepada mana-mana parti politik berkata berbeza dengan dakwaan beberapa pemimpin parti PAS, pemimpin BN yang beragama Islam sejak dulu turut sama memperjuangkan dan menegakkan Islam di negara ini. 
Sebaliknya, beliau berkata pemimpin PAS hari ini tidak serius memperjuangkan agama. 

"(Saya) tak setuju dengan depa(orang PAS). Kita takut pecah belah orang Islam. Pilih BN lah sebab dari mula dulu tak jadi masalah apa," katanya ketika ditemui selepas beliau berjumpa dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada program Himpunan Rakyat Padang Terap  ersama Calon Barisan Nasional di sini hari ini. 


Ahmad sebelum itu diminta mengulas mengenai kegagalan PAS mempertahankan isu kalimah Allah serta kecelaruan parti itu dalam memperjuangkan hukum hudud yang ditentang oleh sekutu dalam pakatan pembangkang iaitu DAP dan PKR.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...