Monday 29 April 2013

PENDEKATAN CALON BN GUGAT KERUSI SELAMAT MAHFUZ!!!


Tahniah Dato kerana ternyata pendekatan yang di bawa oleh Dato di terima masyarakat setempat.

1Malaysia... Sokong Najib.... Undi Barisan Nasional....!!!!

PENDEDAHAN ANWAR SOKONG GAY DENGAN BBC NEWS ASIA!!!


Kita tidak boleh menganggap undang-undang Kuno itu sebagai relevan. Kita harus mengkajinya semula. Antara kata-kata yang diluahkan Anwar dalam ucapannya. Jika diperhatikan dalam video ini, ia adalah temubual di peringkat antarabangsa. Sepatutnya Anwar harus menegaskan bahawa ISLAM menolak LGBT ini. Tetapi malangnya setiap maklum balasnya terlalu banyak di putar alam.

Masih ingatkan satu kumpulan Seksualiti Merdeka yang pernah mengenggarkan negara suatu masa dulu? Apa respon anwar terhadap kumpulan ini?


Anwar tidak setuju kumpulan Seksualiti Merdeka yang memperjuangkan LGBT ini di halang. Kenapa?

Anwar bela hak golongan ni dengan mengatakan, link here http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/anwar-backs-seksualiti-merdekas-right-to-expression
“The issue here is not whether to support or not to support. The issue is you attack them. That’s something else. Can’t we talk about things in this country?” he told reporters in the Parliament lobby here today.


Atas nama freedom of expression, beliau menyifatkan ia medan perbincangan yang baik untuk golongan ini.


Yang keluarkan kenyataan Anwar ini bukan suratkhabar UTUSAN tetapi SINAR HARIAN yang boleh dikatakan suratkhabar BEBAS. Pemimpin beginikah yang rakyat impikan?



Nak tunggu penjelasan apa lagi? Sebelum pertanyaan ini, Anwar dah keluarkan kenyataan menyokong. Gaya hidup bebas ini di terima oleh negara Barat. Adakah sebab itu Anwar suka berada di luar negara daripada berada di Malaysia?

Adakah ampa masih inginkan pemimpin begini?

PUTRAJAYA KEKAL MILIK BN KATA HUSAM!!!

Brader di maklumkan pada malam tadi calon Barisan Nasional bagi parlimen Putrajaya iaitu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah hadir ke Surau AN-Najah bersama jemaah lain untuk bersolat Maghrib Bersama-sama. Brader di maklumkan selepas solat Maghrib diadakan bacaan Yassin dan solat sunat Hajat yang bertujuan supaya negara ini sentiasa aman dan damai serta semoga Pilihanraya kali ini berjalan dengan lancarnya. Malangnya Brader di maklumkan kumpulan yang dikatakan memperjuangkan ISLAM iaitu PAS tidak bersama semasa bacaan Yassin dan Solat Sunat Hajat ini. Mengapa? Adakah mereka tidak impikan keamanan dan kedamaian di Malaysia ini? Ampa pikiaq la sendiri.



Dalam mengejar dunia, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut tidak lupa menunaikan ibadat menuju ke Akhirat kekal abadi.


Masihkah ampa semua ingat, suatu masa dahulu dikatakan jika PAS menang, Putrajaya ini akan mereka jual. Tapi hari ini pelik bin ajaib bila ia telah dilupakan. Hari ini Putrajaya yang dikatakan membazir itu, berebut-rebut untuk di miliki. Ayuh warga Putrajaya, kita tumbangkan Pakatan Pembangkang ini dalam PRU13 ini tanpa memberi satu undi pun kepada mereka.



Sunday 28 April 2013

SOKONGAN PADU DARIPADA AKAR UMBI

Petikan kata-kata Tengku Adnan, "Biarlah dengan bacaan Yassin menjadi senjata saya dalam menangani fitnah yang dilemparkan kepada saya.

MANIFESTO PR TERBAIK DARI LADANG!!! JOM SKODENG!!!!


LAYAKKAH MEREKA INI MENJADI PEMIMPIN JIKA HANYA PANDAI BERKATA-KATA?

AYUH RAKYAT SEKALIAN.... KITA BANGKIT TUMBANGKAN PAKATAN PEMBANGKANG KALI INI. JANGAN BIARKAN MEREKA MENANG WALAUPUN 1 KERUSI PUN.

KENAPA ANWAR TETAPI BUKAN ABBY ABADI???


LIHATLAH DRAMA-DRAMA YANG DILAKUKAN OLEH ANWAR. LAYAKKAN DIA MENJADI PEMIMPIN? BILA PAS MAHU SEDAR?

Saturday 27 April 2013

GM13 DAN ADAM ADLI MULA SERABUT TERSIPU MALU!!!!


Wahai mahasiswa dan rakyat yang lain. Ini barulah kumpulan mahasiswa yang betul yang harus dijadikan contoh. Sopan Santun dan mesra serta tak ganas-ganas macam GM13.




Semangat Juang Kumpulan mahasiswa ini harus di puji. Walaupun kepenatan memberi penerangan, mereka tetap ceria dan tersenyum cantik.



Gerakan kumpulan mahasiswa ini harus di puji kerana mereka bukan sahaja mengedarkan risalah penerangan akujanji Barisan Nasional dan isu setempat, Tetapi mereka menerangkan satu persatu segala yang terkandung di dalam risalah tersebut.

Gerakan kumpulan Mahasiswa ini bersedia menjawab 1001 persoalan dan pertanyaan yang diajukan oleh masyarakat setempat. Malah beberapa orang kampung Brader menceritakan bahawa sebelum ini mereka tidak sedar PTPTN itu tak payah bayaq kalau dapat pointer 4.0. Depa cakap pada Brader,kalau takdak kumpulan anak muda yang bagi penerangan ini, depa pasti diperbodoh dan di tipu sampai bila-bila. Itu ulasan orang-orang kampung di sekitar kedah.


Tahniah Brader ucapkan kepada ampa semua. Teruskan berjuang dalam tempoh masa yang terhad ini.

Thursday 25 April 2013

NIZAR PERBODOHKAN RAKYAT PERAK LAGI?


Manifesto Gabungan Pakatan Rakyat Perak yang dilancarkan hari ini dilihat lebih kepada janji-janji lama yang diubahsuai  kepada perkara baru yang telah lama dilaksanakan oleh kerajaan BN negeri.
Manifesto itu yang dilancarkan di Hotel Riverfront, Ipoh oleh kepimpinan Pakatan Rakyat yang diketuai Pengerusi Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin juga dilihat sekadar janji kosong pembangkang untuk menyedapkan hati rakyat.
Hadir samaPengerusi PKR Perak, Mohd Nur Manuty, Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain.
Antara perkara yang dijanjikan dalam manifesto itu ialah  menyediakan skim pinjaman mikro kredit tanpa faedah sehingga RM5,000, pertanian dan industri kecil di kalangan rakyat desa, ibu tunggal, miskin bandar serta orang kurang upaya, pemasangan CCTV ditempat-tempat yang berisiko tinggi berlaku jenayah.
Mengupayakan belia dan wanita antaranya, bantuan sara hidup  bagi balu bawah 50 tahun yang tidak 15bekerja dan tiada pencen suami bagi 4 bulan pertama selepas kematian suami, mewujudkan tabung khas RM3 juta setahun untuk program melahirkan ramai belia tani khusus dalam produk makanan.
Meningkatkan bantuan pelajar ijazah pertama yang memasuki IPTA sehingga RM2,000 kepada anak Perak yang layak, menyediakan caruman Perkeso untuk pegawai masjid, guru KAFA dan Tadika Islam yang berdaftar dengan kerajaan negeri dan komitmen gaji minima RM1100 kepada kakitangan kerajaan negeri dan GLC.
Dalam perkara mensejahterakan rakyat, Pakatan Rakyat juga menjanjikan pemberian air percuma 20 meter padu bagi keluarga yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM1,000 sebulan, komitmen membina rumah mampu milik dengan menyediakan 30,000 unit lot kediaman baharu untuk 5 tahun (2014-2018) dengan membuka kampung tersusun baharu dan mengazetkan tanah untuk komuniti orang asal dan pemberian hak milik kekal kepada keluarga yang layak.
Mereka turut menjanjikan bantuan RM1,000 bagi pengurusan jenazah kepada waris warga keluarga yang layak dan waris kakitangan kerajaan negeri dan GLC.
16










Pakatan Rakat Perak turut mengulangi janji lama untuk mengadakan pemilihan  ketua kampung tradisional dan peruntukan RM250,000 setahun kepada setiap kawasan DUN bagi projek kecil dan program kebajikan rakyat.
Menifesto itu turut menjanjikan peruntukan khas RM2 juta anugerah integriti dan program-pgoram latihan untuk kakitangan kerajaan negeri sebagai usaha untuk membanteras rasuah, menyediakan peluang pekerjaan dalam sektor awam secara adil kepada semua kaum dan jantina berdasarkan keperluan dan kelayakan, menyediakan tanah yang mencukupi dan sesuai mengikut lokaliti  untuk SJK(C) dan SJK(C).
Perkara lain yang dijanjikan ialah menubuhkan tabung pendidikan khas dan pengupayaan belia India dan orang asal dengan peruntukan RM5 juta setahun, mengisytiharkan kawasan Kerian dan Padang Rengas sebagai Bandar Warisan Ilmu Islam dengan peruntukan tetap bagi membina dan menyelenggara beberapa pondok pengajian Islam moden.
Kebanyakan kandungan manifesto itu telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri BN sejak mengambil alih kepimpinan daripada pembangkang empat tahun lalu.

BUKTI PAKATAN BEKERJA UTK RAKYAT!!! BN GOYANG?

Sunday 21 April 2013

SAPA NAMA MAHFUZ??? ADA PESANAN DARI TUN M NI!!!


PR TAKKAN HEBAHKAN FAKTA INI KPD PENJAWAT AWAM!!!

Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) : Satu lagi “hadiah” bagi kakitangan awam diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa iaitu…

Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M)

rumah kakitangan awam 

Kerajaan bakal melancarkan Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) yang menyediakan rumah mampu milik berharga RM 150,000 hingga RM 300,000 untuk kakitangan perkhidmatan awam.Rumah tersebut berkeluasan di antara 1,000-1,500 kaki persegi dilengkapi kemudahan asas akan dibina di atas tanah kerajaan dan ditawarkan pada harga 20 % hingga 30% lebih rendah dari harga pasaran.

Info Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M)
  • Harga : RM 150,000 – RM 300,000
  • Luas : 1,000 – 1,500 kaki persegi
  • Unit : Sebanyak 10,000 unit akan dibina di Putrajaya sebagai Projek Perintis
Sebagai projek perintis, 10,000 unit tumah mampu milik kakitangan awam ini nanti akan dibina di Putrajaya dan akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Pada pendapat kami, PPA1M ini memang satu langkah yang baik buat kakitangan awam untuk memiliki rumah sendiri yang pertama.Mungkin bagi kakitangan awam yang ditempatkan di bandar-bandar besar, projek PPA1M ini merupakan yang terbaik buat mereka.

Kita semua sedia maklum bahawa harga rumah di bandar-bandar besar sudah melonjak naik hingga 300% sejak kebalakangan ini.Peluang untuk memiliki rumah di bandar-bandar besar memang terhad, dan kadang-kalanya kakitangan awam yang bergaji RM 3,000 ke bawah, tidak mampu untuk membeli rumah.Jadi, langkah kerajaan untuk melancarkan Projek PPA1M ini memang langkah yang baik.

Apa pandangan kakitangan awam di sini dengan Projek Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M)?

SALAH SIAPA INI? PR ATAU BN?


Saturday 20 April 2013

MENANGIS AIR MATA DARAH MELIHAT ISLAM DIHINA


Brader tidak dapat berkata-kata bila tengok gambar ini. Rasa marah teramat sangat pun ada. Rasa sedih teramat sangat pun ada. Kekecewaan melihat anak bangsa sendiri menghina Islam. Apa tindakan yang boleh kita lakukan? Menangis? Marah? Jika negara ini diperintah DAP atau Anwar dijadikan Boneka, apa akan terjadi? Ampa pikiaq la masak-masak.

HARAKAH TERPENGARUH CERITA DORAEMON!!!

Dalam akhabar harakah daily sebentar tadi telah berbohong bahawa Tun M berada di Pasir Mas bersama dato Ibrahim Ali. Hakikat sebenarnya Tun M berada di dun Ayer Itam, Kedah. Tidak logik Tun M boleh berada di dua tempat berbeza. Harakah sanggup ketepikan ketepatan berita kerana inginkan populariti? Kenapa harakah berbohong? Harakah ingat Tun M ada pintu doraemon?

Tuesday 16 April 2013

LAGU KHAS DARI POKOK SENA BAKAL GAMATKAN ANWAR!!!


Mai dengaq dari utara lagu yang dicipta khas untuk Anwar bukan dari orang sebarangan tetapi dari insan yang luar biasa!!! Semoga masyarakat hutan kampung, langgar, pokok sena dan seluruh negeri Kedah memberi kemenangan mutlak kepada Barisan Nasional Kedah!!!


1 Malaysia!!! Sokong Najib!!! Undi BN!!!

UNTUK BERITA TERKINI DAN SENSASI BRADER CADANGKAN TENGOK DI SINI DAN SINI.

BERITA TERKINI PENGEBOMAN!!! SIAPA YANG DISALAHKAN???


Brader meluahkan rasa simpati di atas kemalangan pengeboman di Boston Marathon Event yang berlaku kurang daripada 24jam yang lepas. Jika diperhatikan di dalam video ini, terdapat bendera Malaysia di cacakkan bersama bendera lain. Mari sama-sama kita doakan tidak ada rakyat Malaysia yang terlibat di dalam isu ini. Setakat ini masih belum ada maklumat lanjut dari kedutaan Malaysia di sana.

Bila ini berlaku, mereka menyalahkan umat Islam disana yang dikatakan berkemungkinan melakukannya. Kalau di Malaysia, UMNO yang disalahkan dalam setiap yang berlaku. Inilah prepsepsi yang diwujudkan. Jika ISLAM tidak bersatu, mereka ini akan meminjak-minjak ISLAM akhirnya.

Di Malaysia ampa semua sudah tahu siapa tali barut U.S kan. Jadi, pastikan Anwar kalah teruk dalam PRU13 ini.


AWAS NAJIB!!! ARAHAN ANWAR BAGI MENJATUHKAN NAJIB!!!



Brader mendapat maklumat dari seorang sahabat karib bahawa Anwar telah mengarahkan jentera bawahannya untuk memainkan semula isu-isu lama berkaitan Rosmah kerana isu-isu ini telah sebati di dalam diri masyarakat bertujuan supaya rakyat membenci Dato Sri Mohd Najib Tun Razak. 

Ini antara isu yang Anwar arahkan dibangkitkan semula:


1.     Rosmah membuang keluarganya setelah berkahwin dengan Najib
2.     Rosmah terlibat dengan puaka dan bomoh untuk menghapuskan musuh politik suaminya dan dia sendiri.
3.     Rosmah menggunakan wang kerajaan untuk membeli belah secara mewah di luar negara (terutama London)
4.     Rosmah membeli cincin bernilai RM 24 juta – walaupun ada penafian dari syarikat pemilik cincin tersebut, tapi itu boleh diketepikan.
5.     Rosmah menggunakan wang kerajaan untuk majlis pertunanagan anaknya di Putrajaya tahun lepas.
6.     Rosmah menjadi perancang kepada perjalanan karier politik Najib termasuk masuk campur dalam keputusan penting kerajaan
7.     Rosmah menggunakan PERMATA untuk mempopularkan dirinya dan pentadbiran suaminya yang semakin ditolak rakyat.
8.     Gunakan fakta dari peniaga karpet, Deepak Jaikirshan mengenai Rosmah Mansor (data pembelian barang kemas, karpet dan sebagainya).
9.     Rosmah malu untuk bersalam dan berjumpa dengan rakyat di tempat-tempat yang tidak eksklusif dan lebih gemar duduk di hotel kalau Najib masuk kampung
10.  Penglibatan Rosmah dalam pembunuhan Altantunya.

      Isu-isu ini telah di jawab dan ampa semua boleh tengok dalam blog ini atau tanya pada pakcik google ja. Dapatkan kebenaran dan jangan muda percaya dengan apa yang Anwar cakap.


BEZAKAN KATA-KATA ANWAR INI!!!



Apa kata anda? Mohon dengar betul-betul dan bezakan nilainya. Jika berkaitan fakta, tak boleh buat main-main bro.



JOM SKODENG PR VS BN DI KEDAH!!!! INIKALILAH!!!!!

Brader ingin mengajak ampa semua jenguk sat di majlis Pembangkang di Sekitar Kedah Darulaman. Tian Chuan dikatakan orang kuat PKR yang mendapat hati rakyat telah datang ke kawasan Derga dan sekitar Alor Setar untuk melakukan pembohongannya. Untuk pengetahuan ampa, kawasan dia ceramah ini antara kawasan kuat depa. Sapa tak tau derga ni kawasan kuat PAS. Kalau sekali ceramah DAHULU KALA, tak kurang 3ribu orang bukan ceramaha la... Tapi itu DULU-DULU LA.... JOM TENGOK SEKARANG.



Ramai tak? Mungkin akan ada cakap ini orang baru nak mai kan... Tengok jumlah kerusi dah la.... 100 kerusi pun takdak. Jom kita tengok sokongan rakyat untuk BN plak.


Nak kata ramai tu, takder la sangat. Tapi boleh la kalau setakat 1000 orang main-main tu. hehehee



Ini sekitar ceramah di Dewan Wawasan Kampung Baru Pokok Sena yang di hadiri oleh Tun Mahathir kesayangan kita.



Ini antara ceramah TUN Mahathir. Malah dalam ceramahnya ada di ceritakan penindasan kaum cina dalam DAP sendiri, siapa anwar dan banyak lagi isu semasa. Hal ini telah banyak menyedarkan masyarakat setempat.




Monday 15 April 2013

PLAN DAP INI HARUS DIHANCURKAN!!!HANYA UNTUK YANG BERANI DEDAHKAN!!!!


Pemimpin DAP diarah tutup mulut wujud pertembungan DAP


Lim Kit Siang telah mengarahkan pemimpin DAP menutup mulut ekoran terdapatnya perbalahan dalaman antara parti cauvinis Cina itu. Usaha itu dibuat ekoran usaha DAP yang cuba "dilihat" menjadi parti pelbagai kaum, sedangkan jelas hak kaum lain di dalam DAP diketepikan.



Apa buktinya? Tiada Melayu dalam kepimpinan tertinggi DAP, sebaliknya calon Melayu, Zairil Khir Johari hanya "dilantik" sebelum Lim Guan Eng kata berlaku "silap kira undi." Apa lagi kata Kit Siang?


Perbalahan dalam DAP terus jelas dengan arahan Lim Kit Siang terkini, DAP juga bertelagah dengan PKR apabila Dr Boo Cheng Hau bergaduh berebut kerusi Gelang Patah dengan Datuk Seri Dr Chua Jui Meng. Malah apabila dikritik oleh Dr Boo, Kit Siang telah memberikan arahan kepada proksinya Naib Pengerusi DAP Johor, Ong Kow Meng agar mencabar pengerusi parti negeri itu untuk berundur daripada jawatan itu selepas pilihan raya umum ke-13.


Dengan alasan itu, Dr Boo perlu untuk menghormati pengumumannya mengenai pengunduran yang dibuat pada mesyuarat jawatankuasa parti negeri pada Ahad 7 April lalu di pusat khidmat Gelang Patah. Ini kerana dengan pengumuman tersebut dia tidak lagi sesuai untuk menerajui DAP di Johor yang disebabkan oleh cara kepimpinannya. Malah Kow Meng turut mengatakan, Dr Boo gagal menyatukan anggota-anggota parti sehingga menyebabkan perpecahan dalaman.


Ia ekoran dari kenyataan Dr Boo sebelum ini, yang dilaporkan mendakwa menghentam anak kesayangan Guang yang juga merupakan setiausaha agung parti, Lim Guan Eng kerana memanipulasi keadaan dalam menamakan calon-calon di Johor. Dalam e-mel kepada pucuk kepimpinan parti baru-baru ini membidas Guan Eng kerana menggunakan perbincangan kasual di kedai kopi sebagai keputusan rasmi parti. Boo merujuk kepada pemilihan ketua pemuda negeri Tan Hong Pin sebagai calon untuk kerusi negeri Mengkibol.



Bekas anggota dewan undangan negeri Ng Lam Hua dilapor digugurkan untuk memberi laluan kepada Hong Pin, yang sebelum ini disebut-sebut bertanding kerusi negeri Pekan Nenas. Boo berkata pencalonan Hong Pin dibincangkan pada makan malam sambil minum bir, di sebuah kedai kopi pada 2 April. Namun tiada keputusan dibuat.



"Bagaimana perbincangan kasual di kedai kopi bersama hidangan bir dijadikan sebagai keputusan rasmi parti? Guan Eng tidak bertanggungjawab dalam menyakinkan (bekas pengerusi DAP) Dr Chen Man Hin dan jawatankuasa pemilih lain bahawa saya bersetuju dengan aturannya," katanya.


Apa jadi kepada Jui Meng? Dia diberi kerusi Segamat, sebaliknya Kit Siang memperolehi kerusi Gelang Patah. Kesian Jui Meng ... Bertahun bekerja di Johor tapi dicampak ke kerusi yang dia sendiri belum yakin menang, sedangkan Kit Siang pula terus-terusan berkempen untuk memenangi Gelang Patah.


Jelas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Kit Siang akan mencetuskan perbalahan kaum di Gelang Patah jika menang juga ada asasnya. Arahan kepada pemimpin DAP untuk menutup mulut jelas menunjukkan betapa sikap sebenar beliau yang menjadi "warlord" dalam DAP.


Semua orang kena dengar cakap dia, kalau tidak tiada harapan terselamat. Kemudian hari ini di Johor mereka berpura-pura krisis telah selesai, wayang kuat lah Pakatan Rakyat ni.



Konon Dr Boo bersalaman dengan Jui Meng, sedangkan kedua-duanya difahamkan masih lagi bertelagah. Kalau penyelesaian merebut kerusi pun tak boleh selesaikan, apatah lagi perbezaan pendapat dalam mentadbir negara.


Hancur Malaysia kalau mereka perintah, mangsanya rakyat. Pada masa itu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pun tak boleh buat apa, kecuali buat bodoh sahajalah. Sebab dia dah menyesal bekerjasama dengan dua parti yang kononnya memperjuangkan rakyat, tapi hanya nak jadikan Anwar sebagai perdana menteri.

GEMPAQ!!! ANWAR GELABAH LAGI LEPAS NI!!!!



Brader mendapat pesanan di inbox brade dari seorang insan yang meminta brader sebarkan dan kempenkan "STOP" iaitu satu label Saya Tolak Pakatan.  Brader telah menyelidik dan menyiasat kumpulan ini. Mereka ini adalah mengambil inisiatif setelah melihat kepincangan di dalam negara yang sedang berlaku. Brader tertarik dengan idea yang di cetuskan oleh sekumpulan anak muda ini. Semoga perjuangan ampa di beroleh kejayaan seperti yang di impikan.

Para sahabat boleh la mengikuti page mereka di Facebook atas nama STOP : Saya Tolak Pakatan  atau klik di sini.




ANWAR PASTI MARAH DENGAN BRITAIN SBB TUN M!!! HAHAHAHA


Brader tercari-cari nama Anwar dalam list jemputan khas ini. Rupanya tiada. 
Nak tahu cerita seterusnya, klik sini. Malas Brader nak terang-selikkan kepada ampa semua. 



DAH TERBUKTI BN TIRU MANIFESTO PAS??? ADUYAI...


Ampa tengok dan ampa nilai la sendiri. Malas brader nak cakap banyak.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...